Jika sebelum ini kerajaan mengumumkan pemberian Rebat Telefon Pintar RM200 hanya untuk telefon terpilih
sahaja, kini kabinet telah memutuskan untuk membenarkan rebat tersebut
digunakan ke atas apa jua telefon pintar . Perubahan tersebut dibuat
atas desakan banyak pihak termasuk Ketua Pemuda UMNO sendiri , Khairy
Jamaludin yang mendesak Perdana Menteri dan Rais Yatim untuk meminda
perkara tersebut.
Perkara
ini diumumkan oleh Rais Yatim di Twitter beliau dan disokong oleh
Khairy Jamaludin sendiri. Namun , perkara ini mungkin tertakhluk kepada
syarat dan terma yang akan dikenakan oleh syarikat komunikasi dalam
menawarkan pakej tertentu.
Bagi Belia berumur 21-30 tahun dan berpendapatan bawah RM3000 , boleh membuat permohonan di pautan berikut.
No comments:
Post a Comment